Rabu, 13 Februari 2013

12 Disember 2012(minggu Ke-5)

Pada minggu ke-5 ini kami belajar tentang cara-cara untuk install adobe photoshop di dalam komputer. Software adobe photoshop ini kami harus install di dalam komputer yang berada dalam makmal komputer. Dengan cara ini kami boleh belajar untuk install software ini dalam laptop atau komputer kami. Software adobe photoshop yang kami akan install ini, adalah adobe photoshop cs3. Ikuti cara-cara untuk install software adobe photoshop dalam komputer melalui video yang dipaparkan di bawah.



Proses untuk install software adobe photoshop ini mengambil masa lebih kurang satu jam atau lebih. Sementara menunggu proses installation ini selesai, kami sekelas bersama-sama membersihkan makmal komputer kerana MARSAH akan menerima kunjungan daripada pihak USIM pada esok hari. Makmal komputer adalah salah satu tempat yang akan mereka lawati.

Setelah selesai membersihkan makmal dan installation adobe photoshop, kami semua diberi tugasan mengikut kumpulan masing-masing oleh pensyarah kami iaitu cik wan. Tugasannya adalah mencari satu video yang menarik untuk dipaparkan di dalam blog. Berikut adalah video-video daripada setiap kumpulan:


video ini daripada kumpulan saya (haziq dan amru )


video ini daripada kumpulan (amirah, ruzatul dan umairah)


video ini pula daripada kumpulan (najwa, solehah dan zahidah)

sekian terima kasih......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan