Rabu, 13 Februari 2013
6 disember 2012 (Minggu Ke-4 Sesi Ke-3)
Pada sesi ini Cik Wan mengajar mengenai tentang mengetahui troubleshooting pada komputer. Mari ikuti penerangan tentang troubleshooting di bawah.
Toubleshooting adalah satu masalah pada komputer kita. Masalah komputer dan troubleshooting terbahagi kepada 2 iaitu troubleshoooting hardware dan troubleshooting software.
Troubleshooting hardware biasanya ditandai dengan komputer tidak dapat menyala, monitor mati dan sebagainya.
Sedangkan troubleshooting software ditandai dengan lambatnya kinerja komputer dan lain-lain. Meski tidak menutup kemungkinan juga gejala-gejala lambatnya komputer terjadi tidak hanya pada software tetapi juga troubleshooting hardware.
Cara-cara mengatasi troubleshooting hardware pada pc komputer :
Periksa aliran elektrik ke komputer : Kabel Power, Power supply periksa kembali sudah terpasang dengan baik dan benar dan tidak ada masalah.
Pastikan pemasangan komponen-komponen komputer adalah betul : Pastikan tidak ada komponen yang salah dalam melakukan pemasangan tersebut.
Pastikan Kabel Monitor dipasang dengan betul : Kabel monitor terhubung dengan monitor secara benar.
Analisa suara komputer "beep" : Periksa dan analisa bunyi yang keluar pada pc speaker dengan berbagai kode.
Berikut adalah kode analisa bunyi troubleshooting tersebut :
Bunyi 'beep' pendek 1 kali menandakan sistem telah melakukan proses Boot dengan baik.
Bunyi 'beep' pendek 2 kali menandakan ada masalah pada konfigurasi atau seting pada CMOS.
Bunyi 'beep' panjang 1 kali dan pendek 1 kali menandakan ada masalah pada Motherboard atau DRAM.
Bunyi 'beep' panjang 1 kali dan pendek 2 kali menandakan ada masalah pada monitor atau VGA Card.
Bunyi 'beep' panjang 1 kali dan pendek 3 kali menandakan ada masalah pada Keyboard.
Bunyi 'beep' panjang 1 kali dan pendek 9 kali menandakan ada masalah pada ROM BIOS.
Bunyi 'beep' panjang terus-menerus menandakan ada masalah di DRAM.
Bunyi 'beep' pendek terus-menerus menandakan ada masalah penerimaan tegangan (power).
Pada beberapa merk Motherboard akan mengeluarkan bunyi beep beberapa kali apabila temperatur processornya terlalu tinggi (panas).
Meski ada kemungkinan juga terdapat perbezaan pada bunyi "beep" pada setiap merk motherboard tidak ada salahnya anda harus lebih mencermati dan meneliti troubleshooting yang terjadi pada komputer anda. Kerana pada dasarnya analisa bunyi ini tidaklah kaedah pasti dalam pendeteksian troubleshooting tapi boleh mnejadi wacana bagi kita apabila terjadi troubleshooting pada komputer kita.
Hardware Pendeteksian Masalah
Power Supply
Motherboard
Speaker
RAM
VGA Card + Monitor
Keyboard
Card l/O
Disk Drive
Cara Mudah Menganalisa Troubleshooting
Apabila terdapat masalah komputer disertai sistem masih memberikan tampilan pesan pada monitor atau disertai dengan bunyi beep 1 atau 2 kali, maka kemungkinan permasalahan tersebut terletak pada komponen nombor 6, 7, dan 8 iaitu pada Keyboard, Card l/O dan disk drive.
Apabila terdapat masalah disertai sistem memberikan kode bunyi "beep" lebih dari 2 kali, maka kemungkinan letak permasalahan ada di komponen nombor 4 dan 5, iaitu RAM, VGA Card dan Monitor.
Sedangkan untuk masalah yang tidak disertai mesej pada monitor atau kode bunyi beep, kemungkinan besar permasalahan terletak pada komponen nombor 1 dan 2, iaitu Power Supply dan Motherboard.
Untuk tahap awal, membuat analisa terlebih dahulu pada bahagian troubleshooting hardware komputer tersebut. Kemudian anda boleh mencabut atau melepaskan hardware yang kira-kira berlaku troubleshooting kemudian pasangkan kembali dengan pasti dan periksa secara tepat tidak ada kelonggaran dalam pemasangan kembali hardware tersebut.
Sekian.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan